Hari ni bibu nak cerita pasal Danish bersunat..hehhehee...Malam Jumaat lepas kami bawa Danish bersunat.. Comeynye budak bersunat
Muka tenang sebelum bersunat
Muka gembira selepas bersunat
Muka tension, boring duduk kat rumah..hahaa
Walau pun proses ni dah bibu lalui masa Aisy bersunat tahun lepas tapi perasaan bimbang tu masih lagi ada..Bibu pasti ibu2 yg lain juga macam tu..Mesti ada perasaan bimbang, takut dll...Disini bibu letak sedikit tips utk kawan2 yang akan melalui proses ini...Tips ni bibu dapat dr doctor yg sunatkan Danish..
Persiapan Untuk Anak
Persiapan Mental :
* Terangkan pada anak2, dari segi agama kenapa perlu berkhatan dan bacaan2 semasa berkhatan seperti Bismillah, Berselawat, Mengucap.
* Dapatkan galakan yang positif dari kanak2 lain yg pernah bersunat
* Jika perlu, berikan ganjaran yang setimpal
Persiapan Sebelum Berkhatan :
* Pastikan anak anda sihat
1. Bebas dari masalah angin pasang (hernia)
2. Hydroccic @ buah zakar tidak turun dengan sempurna
3. Penyakit kulit
Prosedur Berkhatan
Sebelum Ke Klinik
* Pastikan anak sihat, ceria dan berkeyakinan
* Bawa kain sarung
* Mengajar anak mengucap/berselawat
Semasa Di Klinik
* Tenangkan anak anda
* Proses berkhatan mengambil masa 30-35 minit
Penjagaan Selepas Berkhatan
* Banyak berehat/ baring supaya kebengkakan (edema) berkurangan
* Kebengkakan biasa utk 2-3 hari
* Elak makanan yang boleh mendatangkan alahan
* Cuci dihujung kemaluan selepas buang air
* Mengambil ubat mengikut peraturan..
Ini sedikit tip yg dapat bibu berikan..Pada anak2 yang akan bersunat, Selamat bersunat..:)
alhamdulillah..
ReplyDeletegolek2 sampai sini.. i follow ;D
salam kenal
Salam kenal QasehnyaRania ... terima kasih sudi follow bibu...:)
Delete