Cari punya cari, disaat akhir, bibu terjumpa seminar ni dalam FB.. Seminar yang dianjurkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami beliau Ustaz Wan Akashah. Seminar selama 2 hari 1 malam di SMKA Al Irshad Kepala Batas Penang....Dekat sangat ngan rumah bibu...hehehe...
First day masa hantar..tak sempat ambil gambar sebab kami sampai lewat... maklum la...dekatkan...:)
Sampai sesat2 mencari sekolah Al Irshad ni
Tengok la tu..siap ada van sendiri lagi... bibu tumpang bangga
Pada hari kedua, untuk sessi akhir...ibubapa dijemput untuk menghadiri sessi seminar ini bersama anak2...Pada pandangan bibu, sessi yang terakhir ini adalah sessi yang terbaik...Banyak maklumat serta kesedaran diterapkan bukan saja untuk anak2 tetapi untuk ibubapa juga. Maklumat serta kesedaran mengenai hubungan ibubapa dan anak2, cara2 menangani anak2 dan sebagainya...Motivasi yang diberikan dapat mengubah pendirian anak2 kita tentang solat, menghormati ibubapa juga belajar dengan tekun...
Tak rugi rasanye menghantar anak2 ke seminar seumpamanya... di harap segala yang telah diajar oleh ustaz dan ustazah dapat membimbing anak2 bibu untuk menghadapi hari2 mendatang
Sessi pengenalan diri oleh Ustaz, Ustazah dan anak2nya serta menantu
Sebelum balik, Aisy dan Danish bergambar dulu..hehhe
Bibu pun tak ketinggalan nak bergambar bersama Ustazah... :)
Muka insaf lepas seminar...hheee...semoga segala yang telah dipelajari akan diingati selamanya
No comments:
Post a Comment