Friday, February 25, 2011

Keychain...

      Dah lama tak masuk gambar keychain....banyak sgt projek sampingan sekarang ni. Dok bz sangat buat projek lain...Macam2 idea ada dlm kepala..rasa macam nak buat semuanya...Sekarang ni kita layan gambar keychain dulu...




Sunday, February 20, 2011

Project PVC

Last week, saya order pvc dr http://lovethebuttons.blogspot.com. Kalau ada sapa2 yang nak order pvc, boleh tgk dlm link kat atas kepunyaan Cik Aya Bootang..Sronok sgt bila dah dapat...Tak sabar2 nak buat..






Ni la projek pertama... Casing untuk iphone....
Berpeluh2 jugak nak bagi siap. Getah kat atas tak sempat jahit lagi... 








                 Ni pulak casing untuk kunci kereta Mr Hubby...kena gak buat untuk dia..... maklum la..sponser terbesar..hikhikk...nnt sponser lagi ye... Casing ni tak letak hiasan banyak2 sbb dia suka design yang simple je.. 
                                  



Wednesday, February 16, 2011

Order From My Sis

     Hari tu, cuba2 buat love crochet..Sronok bila siap dan boleh tahan cantik.... tapi kecik sgt la pulak..bergantung pada saiz benang. Dah cuba pakai benang yang besar, tapi tak cantik..nampak kurang kemas..tak pe la..
    Sbb love tu kecik sgt, saye buat Hp Charm...Lepas letak loceng, jadi cute sgt... I love this love charm..hehhehheh...




Yang ni pulak order dari adik saya untuk projek mega dia...hehhe..Good luck.. Semoga sama2 berjaya

Sebenarnya bunga tu besar sgt... sebesar tapak tgn..boleh compare ngan saiz syiling 50 sen tu. 


Suka sgt kat bunga ni..










Yang ni pulak order dr adik ipar saya...cantik pulak bila dah bergulung2 mcm tu..Saje je letak gambar... Ianya sudah di pos ke Pahang pg tadi. Habis semua adik beradik dok minat benda ni sekarang..ahak...Apa2 pon, semoga berjaya utk kita semua

Sunday, February 13, 2011

Cupcakes

    
     Selain dari menjahit, saya juga minat membuat cupcake. Ini semua diinspirasikan oleh biras saya lynnhassan.. Beliau ni boleh dikategorikan sebagai pelopor dlm pembuatan cupcakes ni... Ramai wanita yang berjaya selepas belajar dgn beliau.. Sekarang ni beliau dah ada centre di Saujana Utama Sungai Buluh untuk mengajar cara2 membuat kek. Kepada sesape yang berminat, boleh lawat blog ni ya...http://www.myhadiah.com


     Di kawasan Penang pulak, sesape yang minat nak belajar buat cake pulak, boleh lah tgk kat sini http://elianas-homemadecake.blogspot.com. Sesiapa yang nak tempah di kawasan utara pulak boleh order ngan adik ipar saya Zatty, yang baru nak berjinak2 dgn dunia baking ni..hehhe  http://mynoana.blogspot.com

     Sebelum ni, saya ada juga mengambil tempahan..tapi sejak kebelakangan ni kurang sikit sbb tak ada pembantu.. Sekurang2nya sekarang ni, boleh gak la buat cupcake utk anak2 sendiri...Dibawah ni saya masukan gambar cupcakes yang pernah saya buat dolu2....N gambo2 yang saya suka sgt...:)












Thursday, February 10, 2011

Hairclip

Semenjak dah pandai mengait ni, tgn tu asyik nak mengait je. Mmg tak leh berhenti. Masa tgk Tv pun boleh mengait. Sambil tunggu anak balik skolah, duduk2 dlm kereta pun boleh siap 2,3 kuntum bunga. Syok betul la buat  bunga ni. Skarang ni pun tengah sibuk menyiapkan tempahan bunga yang banyak. 







    

Wednesday, February 9, 2011

06022002

        Malam tadi, sempat buat cupies utk Danish. Walaupun birthday Danish Ahad lepas, tapi terpaksa ditunda mengikut jadual waktu sekolah...
     Hiasannya simple je sbb guna topping coklat...tak leh nak deco lebih2...
Selamat Hari Lahir yg ke 9 tahun utk Danish sayang...






                                 Mata sepet bangun pagi..hehehe

Tuesday, February 1, 2011

HF





                   Lama pulak rasanya tak masuk gambar keychain. Kali ni, saya masukkan gambar H dan F....