Tuesday, November 29, 2011

Kem Ibadah Cuti Sekolah..

     Dah 2 hari Danish kat sana... Bibu tak senang duduk, semua serba tak kena... Asyik teringat kat dia je.. Kesian anak Bibu.. Tak biasa hidup susah..Walaupun Bibu tau semua ni untuk kepentingan diri dia, tapi Bibu tetap sedih. Macam2 yang Bibu bayangkan.. Makan dia, tidur dia, mandi dia dan sebagainya... Alahai anak Bibu...



                                    Bergambar sebelum bertolak


Ustaz Mutalib sedang memberi taklimat



Bergambar masa tunggu diorang sediakan bilik


Nasib baik ada kawan2..hehe


Ini la tempat tinggal Danish untuk 2 minggu..



     Apa2 pun, Bibu doakan yang terbaik untuk anak Bibu...Semoga menjadi anak yang soleh..amin..




Sunday, November 27, 2011

Persediaan Sebelum Ke Kem Ibadah

     Minggu ni Bibu sibuk menyediakan barang2 kelengkapan untuk Danish.. Sempat cari kain kat Kamdar untuk buat seluar tidur. Tapi tak sempat nak jahit baju melayu...Tu la, sibuk sangat nak jahit sendiri tapi tak sempat nak siapkan pulak..Tak tau la kenapa dgn mata Bibu ni, mentang2 boleh jahit sendiri, bila nampak baju kat kedai semuanya tak menepati standard Bibu...hehee..bila nak buat sendiri, tak sempat pulak...















      Sibuk menjahit seluar panjang, sebenarnya diorang nak kaler putih...ni x-tra




Pas tu Bibu bawa pegi gunting rambut


Ingatkan nak buat kimbab utk dia..Bibu jalan2 la kat jusco mencari bahan2...lastly, cari beras tak jumpa... punya la bengang... Bibu borong je sushi kat Jusco tu..hehhee 
     Puas hati Bibu...dapat bagi semua benda2 yang dia nak mkn..dari KFC ke Domino Pizza, semuanya Bibu bagi...macam la kat sana nnt tak cukup makan..hehee.. apa la Bibu ni




Thursday, November 24, 2011

Kem Ibadah Cuti Sekolah

     Dah lama Bibu berangan2 nak hntar anak2 Bibu pegi Kem Solat masa cuti sekolah.. Alhamdulillah, tahun ni Bibu berkesempatan menghantar borang untuk Aisy dan Danish..Persediaan awal dah Bibu buat...Yang utamanya, hantar Aisy bersunat.. Untuk cepat sembuh, Bibu awalkan tarikh bersunat Aisy..bersunat pada hari Khamis walaupun blom cuti sekolah lagi dan bersunat sendiri tanpa Yayah disisi...dengan harapan akan sembuh selepas 10 hari...Bibu nak Aisy pegi ke kem ini sebagai persediaan dalaman bagi menghadapi peperiksaan UPSR tahun depan..

      Tapi apakan daya, luka sunat Aisy masih belum sembuh...dengan berat hati Bibu terpaksa membatalkan penyertaan Aisy.. Tapi dengan berat hati juga Bibu telah membuat keputusan untuk menghantar Danish kesana...

      Bermacam perkara yg bermain dalam fikiran Bibu, boleh ke Danish menjaga dirinya sendiri disana tanpa abang sebagai teman..tapi Bibu tekad juga... InsyaAllah, Bibu buat perkara baik..semoga semuanya lancar...

     Tadi Bibu telah ke An-Nahdhoh untuk mengesahkan penyertaan Danish... Disini ada Bibu masukan gambar Yayasan An-Nahdhoh ni...
















Dulu, kalau bercerita pasal sekolah pondok, mesti terbayang pondok2 buruk tempat diorang belajar...kan...terasa daifnye la.. tapi sekarang tak lagi.. dah banyak sekolah pondok yang moden dan dilengkapi dengan kemudahan yang canggih dan selesa, sebagai contoh, Yayasan An-Nahdhoh ni.

Yayasan ni menyediakan kemudahan pembelajaran seperti:
- Tadika Islam
- Pra Tahfiz
- Maahad Tahfiz
- Pengajian Kitab (Kuliah Perdana setiap Sabtu, Belajar Tafsir dan Fekah)
  kadang2 kalau ada masa Bibu ikuti kuliah ni sbb Bibu suka dengar ceramah       Yang Di Pertua Yayasan ni iaitu Ustaz Abdul Mutalib..
- Perkampungan Islam ( Yayasan ni ada menyediakan bilik penginapan ala        
   hotel untuk peserta pengajian pondok singkat dan juga untuk pakej ramadhan      bagi pelajar dewasa)

Ini serba sedikit yang Bibu tahu tentang Yayasan ni... Danish akan menyertai Khemah Ibadah ini pada 27 Nov iaitu Ahad ni...



Saturday, November 19, 2011

Penang Airport

     Tadi Bibu jemput Yayah kat airport.. Wahhh!!!! Dah cantik...Lama sgt under construction...Skarang dah siap..selesa sikit nak turunkan dan menunggu penumpang..tak la mcm dulu, sempit dan berebut2...











Friday, November 18, 2011

Berkhatan

    Heehe..dengar tajuk pn Bibu dah seram....Memang agak lewat jugak lah si Aisy ni bersunat tapi nak wat camnekan..ada je masalah yg datang.. Sebenarnya Bibu dah cancel nama dia sbb Yayah tak dapat cuti, tapi Bibu tak nak tangguh2 lagi. Bibu buat jugak..
   Bibu ajak kawan Bibu temankan..Suami dia yang temankan Aisy masa bersunat. Bibu tunggu kat luar sbb Bibu tak sanggup dengar bila dia menangis... huuhuu.. Bibu pn sama melalak...Doktor usik Bibu, dia kata mcm rancangan Oprah lak...hehehee..


Sebelum..senyum je..hheeh..

Dalam kete, tunggu jab sbb takut nak kluar..

Dah selesai..dlm klinik, Bibu tak smpat nak ambil gambar sbb sibuk melalak skali ngan dia..hhuhhu...

Adik bergambar ngan Abang..kami tak cerita apa2 kat dia, sbb turn adik...3 minggu lagi..kali ni nak tunggu Yayah...Kalau Adik ada masa Abang sunat tadi..sure dia tak nak sunat....hhhehe



Tido atas sofa bed kat living room sbb nak tgk Astro...

Lega Bibu rasa bila semuanya dah selesai...Elok juga kami buat sorang2, kalau buat dua2 skali, teruk juga Bibu nak jaga...3 minggu lagi kami sunatkan adik pulak..Terima kasih pada Nida dan Fahd yang teman Bibu di klinik dan gantung tali.. pada Doktor Iskandar yang sunatkan Aisy...kami mmg biasa ngan Doc ni, sbb tu dia suka mengusik...dan Ustaz Shahrin, ustaz yang mengajar anak2 Bibu ngaji sbb sudi dtg jenguk Aisy kat klinik..Alhamdulillah segalanya selesai dgn mudah..tinggal Bibu terketar2 tgk luka dia masa nak cuci..hehhee

RM100

Hari ni Bibu pegi skolah nak ambil duit Rm100 tu, kebetulan sama tarikh dengan anak2 yg dapat keputusan UPSR.. Pihak sekolah mengadakan majlis penyampaian sumbangan dengan meriah skali..Ianya khas untuk anak2 'Pendidikan Khas'..Ada Datuk Arif Shah yang datang untuk penyampaian sumbangan ini.
Dalam masa yang sama mereka umumkan keputusan UPSR..




Kat blakang tu anak yang dapat 5A sedang bergambar...




Balik dr skolah, kami makan kat Nasi Kandar Kapitan..mkn nasi briyani kambing..yumyumm..sbb mlm ni Aisy nak sunat..huuhhu...

Thursday, November 17, 2011

Belanja Makan


      Tadi Bibu bawa anak2 Bibu makan kat Damiral Grill...Anak2 Bibu suka mkn kat situ, tapi tak leh bawa selalu..kering la poket Bibu..heheh.
    Sebenarnya esok Aisy nak sunat, sbb tu Bibu belanja makan.. Dia nak makan lobster...maklum la, bila sunat nnt kena pantang makan..malangnya tak da. Tak pa la, tak da rezeki..Next time, okay...
    Berdebar2 nak tunggu esok...hehee...Aisy yg nak sunat, Bibu lak yang berdebar2...