Friday, November 30, 2012

Bubur Asyura

Bubur Asyura


      Sebenarnya jarang sekali bibu dapat makan bubur asyura ni. Seingat bibu, mula2 bibu kenal bubur ni masa bibu sekolah menengah... Masa tu bibu sekolah asrama...buat ngan kawan2. Maklum la, sekolah asrama kan...selalu la diorang buat event2 macam tu..Pastu 3/4 tahun lepas ada sorang kawan bibu bagi bubur ni...Maknanye baru 2 kali bibu rasa bubur ni..Kat Malaysia ni, rasa bubbur asyura ni berbeza mengikut negeri... Kawasan disebelah utara ni kebanyakan buburnya adalah manis manakala di bahagian pantai timur pula sedikit masin serta berempah...
     Pagi tadi, kawan bibu ajak bibu wat bubur ni...berkobar2 gak semangat nak mengacau bubur ni sama2 ngan kawan2 bibu...tapi kebetulan bapa mertua bibu nak datang ke rumah...Dah lama bapa mertua bibu tak datang ke Penang...Tak jadi la bibu nak pegi mengacau periuk diorang tu...hehehhe
     Tengahari tadi diorang hantar bubur ni ke rumah..Alhamdulillah, dapat juga bibu merasa bubur asyura ni...MMmmmm...sedap jugak...Pandai kawan2 bibu buat
        

Tuesday, November 20, 2012

Berkhatan Lagi

     Dah lama bibu tak update blog...sgt2 bzzz....Bibu terpaksa tumpukan perhatian utk Aisy sbb tahun 2012 adalah tahun peperiksaan utk beliau...Maklum la..anak sulung..bibu lak yang "terover".. So sbb skarang ni cuti skolah, ada la sedikit  kelapangan utk bibu..
    Hari ni bibu nak cerita pasal Danish bersunat..hehhehee...Malam Jumaat lepas kami bawa Danish bersunat.. Comeynye budak bersunat


Muka tenang sebelum bersunat

Muka gembira selepas bersunat

Muka tension, boring duduk kat rumah..hahaa


    Walau pun proses ni dah bibu lalui masa Aisy bersunat tahun lepas tapi perasaan bimbang tu masih lagi ada..Bibu pasti ibu2 yg lain juga macam tu..Mesti ada perasaan bimbang, takut dll...Disini bibu letak sedikit tips utk kawan2 yang akan melalui proses ini...Tips ni bibu dapat dr doctor yg sunatkan Danish..

Persiapan Untuk Anak 

Persiapan Mental :
*  Terangkan pada anak2, dari segi agama kenapa perlu berkhatan dan bacaan2 semasa berkhatan seperti Bismillah, Berselawat, Mengucap.
*  Dapatkan galakan yang positif dari kanak2 lain yg pernah bersunat
*  Jika perlu, berikan ganjaran yang setimpal

Persiapan Sebelum Berkhatan :
*  Pastikan anak anda sihat
    1. Bebas dari masalah angin pasang (hernia)
    2. Hydroccic @ buah zakar tidak turun dengan sempurna
    3. Penyakit kulit

Prosedur Berkhatan

Sebelum Ke Klinik
* Pastikan anak sihat, ceria dan berkeyakinan
* Bawa kain sarung
* Mengajar anak mengucap/berselawat

Semasa Di Klinik
* Tenangkan anak anda
* Proses berkhatan mengambil masa 30-35 minit

Penjagaan Selepas Berkhatan
* Banyak berehat/ baring supaya kebengkakan (edema) berkurangan
* Kebengkakan biasa utk 2-3 hari 
* Elak makanan yang boleh mendatangkan alahan
* Cuci dihujung kemaluan selepas buang air
* Mengambil ubat mengikut peraturan..

    Ini sedikit tip yg dapat bibu berikan..Pada anak2 yang akan bersunat, Selamat bersunat..:)