Tuesday, November 20, 2012

Berkhatan Lagi

     Dah lama bibu tak update blog...sgt2 bzzz....Bibu terpaksa tumpukan perhatian utk Aisy sbb tahun 2012 adalah tahun peperiksaan utk beliau...Maklum la..anak sulung..bibu lak yang "terover".. So sbb skarang ni cuti skolah, ada la sedikit  kelapangan utk bibu..
    Hari ni bibu nak cerita pasal Danish bersunat..hehhehee...Malam Jumaat lepas kami bawa Danish bersunat.. Comeynye budak bersunat


Muka tenang sebelum bersunat

Muka gembira selepas bersunat

Muka tension, boring duduk kat rumah..hahaa


    Walau pun proses ni dah bibu lalui masa Aisy bersunat tahun lepas tapi perasaan bimbang tu masih lagi ada..Bibu pasti ibu2 yg lain juga macam tu..Mesti ada perasaan bimbang, takut dll...Disini bibu letak sedikit tips utk kawan2 yang akan melalui proses ini...Tips ni bibu dapat dr doctor yg sunatkan Danish..

Persiapan Untuk Anak 

Persiapan Mental :
*  Terangkan pada anak2, dari segi agama kenapa perlu berkhatan dan bacaan2 semasa berkhatan seperti Bismillah, Berselawat, Mengucap.
*  Dapatkan galakan yang positif dari kanak2 lain yg pernah bersunat
*  Jika perlu, berikan ganjaran yang setimpal

Persiapan Sebelum Berkhatan :
*  Pastikan anak anda sihat
    1. Bebas dari masalah angin pasang (hernia)
    2. Hydroccic @ buah zakar tidak turun dengan sempurna
    3. Penyakit kulit

Prosedur Berkhatan

Sebelum Ke Klinik
* Pastikan anak sihat, ceria dan berkeyakinan
* Bawa kain sarung
* Mengajar anak mengucap/berselawat

Semasa Di Klinik
* Tenangkan anak anda
* Proses berkhatan mengambil masa 30-35 minit

Penjagaan Selepas Berkhatan
* Banyak berehat/ baring supaya kebengkakan (edema) berkurangan
* Kebengkakan biasa utk 2-3 hari 
* Elak makanan yang boleh mendatangkan alahan
* Cuci dihujung kemaluan selepas buang air
* Mengambil ubat mengikut peraturan..

    Ini sedikit tip yg dapat bibu berikan..Pada anak2 yang akan bersunat, Selamat bersunat..:)

2 comments:

  1. alhamdulillah..
    golek2 sampai sini.. i follow ;D
    salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal QasehnyaRania ... terima kasih sudi follow bibu...:)

      Delete