Thursday, November 24, 2011

Kem Ibadah Cuti Sekolah

     Dah lama Bibu berangan2 nak hntar anak2 Bibu pegi Kem Solat masa cuti sekolah.. Alhamdulillah, tahun ni Bibu berkesempatan menghantar borang untuk Aisy dan Danish..Persediaan awal dah Bibu buat...Yang utamanya, hantar Aisy bersunat.. Untuk cepat sembuh, Bibu awalkan tarikh bersunat Aisy..bersunat pada hari Khamis walaupun blom cuti sekolah lagi dan bersunat sendiri tanpa Yayah disisi...dengan harapan akan sembuh selepas 10 hari...Bibu nak Aisy pegi ke kem ini sebagai persediaan dalaman bagi menghadapi peperiksaan UPSR tahun depan..

      Tapi apakan daya, luka sunat Aisy masih belum sembuh...dengan berat hati Bibu terpaksa membatalkan penyertaan Aisy.. Tapi dengan berat hati juga Bibu telah membuat keputusan untuk menghantar Danish kesana...

      Bermacam perkara yg bermain dalam fikiran Bibu, boleh ke Danish menjaga dirinya sendiri disana tanpa abang sebagai teman..tapi Bibu tekad juga... InsyaAllah, Bibu buat perkara baik..semoga semuanya lancar...

     Tadi Bibu telah ke An-Nahdhoh untuk mengesahkan penyertaan Danish... Disini ada Bibu masukan gambar Yayasan An-Nahdhoh ni...
















Dulu, kalau bercerita pasal sekolah pondok, mesti terbayang pondok2 buruk tempat diorang belajar...kan...terasa daifnye la.. tapi sekarang tak lagi.. dah banyak sekolah pondok yang moden dan dilengkapi dengan kemudahan yang canggih dan selesa, sebagai contoh, Yayasan An-Nahdhoh ni.

Yayasan ni menyediakan kemudahan pembelajaran seperti:
- Tadika Islam
- Pra Tahfiz
- Maahad Tahfiz
- Pengajian Kitab (Kuliah Perdana setiap Sabtu, Belajar Tafsir dan Fekah)
  kadang2 kalau ada masa Bibu ikuti kuliah ni sbb Bibu suka dengar ceramah       Yang Di Pertua Yayasan ni iaitu Ustaz Abdul Mutalib..
- Perkampungan Islam ( Yayasan ni ada menyediakan bilik penginapan ala        
   hotel untuk peserta pengajian pondok singkat dan juga untuk pakej ramadhan      bagi pelajar dewasa)

Ini serba sedikit yang Bibu tahu tentang Yayasan ni... Danish akan menyertai Khemah Ibadah ini pada 27 Nov iaitu Ahad ni...



2 comments:

  1. insyaAllah Danish ok je...

    klu sya pun mungkin berbelah bagi juga hati ni tapi kena kuatkan semnagat la Bibu...

    cantik tempat di akan...

    lengkap pula tu module semua... untung anak awak dpt rasa...

    salam kenal dan folooooo ;)

    ReplyDelete
  2. Biasa la kan..mak , mak ni suka sgt risau benda yg bukan2...hehehh..padahal diorang tu ok je

    ReplyDelete